About Me

My photo
"Read,think,then only judge "

Sunday, August 26, 2012

Syawal tahun 2012 :D

assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin ..Lambat seminggu update post tapi masih lagi di bulan Syawal kan ? Mood raya still ade jugeks walaupun esok dah mulalah rutin harian sume orang ,yang kerja2,yang sekolah2,yang menghadiri kuliah macam aku pun akan menghadiri kuliah #MajorTurnOff . Well,nak dijadikan cerita,sambutan raya tahun ni bagi aku adalah sangat meriah +penat .I spent a week at Felda Sungai Sayong for Raya from Sabtu last week to Sabtu this week .Tahun ni rumah nenek memang meriah sebab rata2 semua balik cuti seminggu sebab kak sedara aku yang trsayang tinggi lampai kahwin pada hari Sabtu minggu ni bersamaan 7 Syawal .Kenapa penat ? sebabnye satu keluarga beso kami merewang bersama2 untuk kenduri kahwin ni .100% persiapan majlis perkahwinan ni dilakukan spenuh2nya oleh keluarga kami dan jiran2 tetangga nenek .Yelah dekat kampung mana ade katering bagai kan .Tabik aku tengok kesungguhan orang2 kampung sini terutama famili beso aku la yang bersusah payah mula operasi sejak dari hari Khamis bangun awal pagi tidur lewat malam sampaikan lepas majlis ,semua dah sakit badan ,dengan suara takde bagai .Aku pulak diberi tugasan untuk jadi pengapit kak Siti di hari bersejarah dia .First time jadi pengapit aku yang nebes..Tapi it was un sebabnye sepanjang masa merewang , kitorang sume gelak ,have fun walaupun letih ,it was a joyful moments to be with the big family of Nenek

Rutin wajib di pagi raya ialah ,semua golongan lelaki dan sesetengah perempuan termasuk Nenek akan pergi solat raya dekat masjid .Yang tinggal kat rumah termasuk aku kena pastikan diri sendiri mandi sebelum diorang balik solat raya,sapu rumah dan lepas tu barulah buat bulatan besar dan sesi salam bersalaman ,cucran air mata bagai bermula.makanan tak payah cakap laa .Penuh meja nenek tu dengan makanan . Menu wajib aku pagi raya adalah lontong .hee.memang seminggu kat kampung aku dok melantak .Badan naik berapo kilo den taktau -,-"

Gambar2 sekitar 1 Syawal :)


 Kami 3 beradik took grey as the colour tapi Ayah Mama amek hijau lumut as their colour :) 
Muka innocent sbab ngantok .Ecah pulak merajuk pandang lain sebab taknak pakai baju raya dia
 Barisan anak2 nendaku yang tercinta.Mak long ngan Pak Usuu tak sampai lagi .
 Family Kak Lin Angah anak Mak Andak number 2 . Anak dah dua tapi muka maintain remajew
 Ayah poyo taknak senyum konon .Pengarang jantung aku .The lights of my life . my parents :)
 Keluarga Mak Andak . Yang misai A.Galak tu Pak Andak .Anak dia 4.3 perempuan sorang laki
Family that i most close with .Keluarga Mak Itam .both Mirul and Badrul sebaya aku dengan adik aku . Love the brothers ! Sporting and kitorang memang segeng 
Pak Ngah's family .Family dia menang la tahun ni meriah betul warna .Tapi 2 orang lagi anak dia takde dalam gamba

And this is our BIGG family .Well 3/4 of it .Ramey yg tk sampai lagiiii


Ini pulak gambar2 sekitar majlis akad nikah pada 6 Syawal (jumaat) dan masa majlis kahwin 7 Syawal (Sabtu)

 Motif ambik gambar ni ialah ayah nak whatsaap member2 dia yang dia jadik saksi anak sedara dia nikah .wahaha.Kan nampak macho je ayah aku tu
Intriduce suami kak siti ,Abang Faiz Badang
 :')
 Kak Siti Hajar ni anak sedara kesayangan Ayah .Tinggi kan ? dah baka whattodo :p
Pengapit bergambar sorang2 .. sadis tAUUU



Nak dijadikan cerita ,majlis berjalan lancar alhamdulillah dan akak aku tu rasminya menjadi isteri orang.Selamat pengantin baru .moga berkekalan hendaknya .Akak yang terapat dengan aku .

And oh ye , suami dia ni kawan akak Hajar masa Form 6.Akak tu pernah cerita, dekat sekolah tu,takdak orang lain yang paling dibenci dia melainkan Abang Faiz tu . Kalau dia nak pergi toilet tingkat 2 ,nampak abang tu dari jauh aras yang sama,sanggup dia turun bawah .tup2 sekarang tengok siapa suami dia .
Kesimpulannya , Jangan gaduh2,nanti lama2 jodoh .renung2kan siapa yang korang asyik benci sangat nak menatap muka pon payah ,silap2 nanti orang itulah yang terima nikah korang .ayokkk 

Wassalam dan selamat hari raya !

2 comments: